selamat datang

Blog ini diselengarakan oleh pihak urusetia PSSCMCS dalam mengambarkan pelbagai aktiviti di bawah program CEDAS - Cekak dalam Sekolah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi urusetia; tel/fax : 03-55427504 email:
psscmcs@gmail.com


Ahad

MERU : Program Motivasi JayaDiri

Pada Julai 2007, CEDAS telah mengadakan program RMA: MOTIVASI JAYADIRI di SMK Meru. Program ini adalah untuk pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM pada akhir tahun. Dua orang ahli silat cekak dijemput memberi ceramah dalam program ini yang terdiri daripada seorang peguam dan seorang pegawai bank.



SAMTTAJ : Persiapan keperingkat Kedua (buah Jatuh)

PSSCMCS telah menghantar pasukan demo untuk memperlihatkan kepada pelajar SAMTTAJ kemantapan buah-buah silat cekak. Latihan ini ialah untuk persiapan pelajar SAMTTAJ untuk ke peringkat kedua pelajaran silat cekak iaitu peringkat Buah Jatuh.




MERU : Menimba pengalaman dalam berpersatuan

Ahli Jawatankuasa Kelab Silat Cekak dari SMK Meru turut hadir ke Mesyuarat Agung PSSCM Cawangan Selangor kali ke 22 di Shah Alam pada Mac 2007. Mereka turut menjadi tenaga kerja pendaftaran dalam menimba pengalaman serta menyaksikan perjalanan mesyuarat agung sebuah persatuan yang berdaftar.



Sabtu

SAMTTAJ : Demo silat oleh mahasiswi UIA di SAMTTAJ

Pasukan Demontrasi terdiri dari mahasiswi UIA telah mengadakan persembahan Silat Cekak dan bersuai kenal dengan pelajar SAMTTAJ pada awal bulan Februari 2007.







MERU : Ahli Cekak Profesional bersama Pelajar

CEDAS turut menganjurkan program 'Bersama Ahli Profesional' di tempat latihan. Beberapa ahli Cekak dalam kerjaya profesional telah hadir dan bersama pelajar di SMK Meru untuk memberi semangat dan petua dalam mencapai kejayaan dalam bidang akedemik selain dari ilmu seni silat.


MERU : Latihan di Kelas SMK Meru 1

Latihan Silat Cekak Malaysia di SMK Meru dan ini merupakan kelas pertama CEDAS. Kelas di adakan seminggu sekali pada sebelah petang di padang sekolah.



MERU : Kelas Cedas yang Pertama (Majlis Ijazah)

Pada Ogos 2006 CEDAS pertama telah bermula dengan Majlis Ijazah Asas Pertama di SMK Meru. Seramai 30 lebih pelajar menyertai Silat Cekak di sekolah ini.