selamat datang

Blog ini diselengarakan oleh pihak urusetia PSSCMCS dalam mengambarkan pelbagai aktiviti di bawah program CEDAS - Cekak dalam Sekolah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi urusetia; tel/fax : 03-55427504 email:
psscmcs@gmail.com


Rabu

MERU: Latihan Umum Tahun ke2 di Dusun Kita

Pada tahun 2008 sekali lagi rombongan ahli-ahli kita dari SMK Meru berkhemah di Desa Rimba Resort, Kuala Kangsar untuk menjalani latihan peringkat buah umum. Program ini diadakan selepas mereka selesai menduduki peperiksaan SPM.

Bermula dari tarikh 25hb sehingga 27hb Disember 2008 mereka berkhemah dan belajar memasak sendiri ala program iktiar hidup. Latihan silat diadakan setiap pagi, petang dan di sebelah malam di selang seli dengan program motivasi dalam mencapai kejayaan hidup. SYABAS!! Pada semua yang telah melalaui program ini.


Isnin

CEDAS: Merdeka ke 51 Tahun

Pada 30hb Ogos 2008, Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Selangor telah di jemput untuk mengadakan persembahan pembuka tirai di malam Ambang Merdeka ke 51 peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

PSSCM Cawangan Selangor telah menghantar seramai 30 ahli pasukan Sembah & Gerak yang terdiri dari pelajar dari SMK Meru dan Uni-KL Miat serta 3 orang jurulatih dari Cawangan Selangor. Para persembah telah menjalani latihan selam 4 hari di tempat masing-masing dan digabungkan pada malam raptai 29hb dan malam di Ambang Merdeka.




Ribuan penonton telah menyaksikan persembahan kita ini. SYABAS kepada para pelajar yang telah mula berjinak-jinak mengadakan persembahan di peringkat umum secara besar-besaran. TAHNIAH! Kepada SMK Meru dan Uni-KL Miat.

CEDAS: Program 'Mekar bersama Cekak'

Pada 23 & 24hb Ogos 2008 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor di bawah program CEDAS (Cekak dalam Sekolah) telah menganjurkan satu program khas bagi pelajar-pelajar silat cekak yang baru sahaja tamat menjalani ijazah terakhir (dari SAMTTAJ dan SMK Meru) mereka dalam pelajaran Silat Cekak Malaysia. Aktiviti terakhir bagi pelajar ini sebelum menduduki peperiksaan SPM di beri nama PROGRAM JAYA DIRI - CEDAS bertemakan 'Mekar Bersama Cekak'.

Program yang diadakan di Bukit Cahaya Alam, Shah Alam selama 2 hari ini bertujuan supaya ahli silat cekak di peringkat pelajar bertemu dan menimba pengalaman dari ahli-ahli silat cekak yang telah berjaya dari IPT dan telah berjaya dalam kerjaya hidup, agar panduan, nasihat dan bimbingan yang terdapat di dalam program ini membolehkan para pelajar menjadi seseorang yang sentiasa bersedia dan mampu berjaya.

Program ini telah dibantu sepenuhnya tenaga kerja daripada pelajar IPT iaitu dari Uni-KL Miat dan para penceramahnya yang turut menyumbang dalam sessi temu-bicara pula terdiri daripada;

Ustaz Zaid Muhammad b mohd Rais - Pensyarah UIAM
Pn Nor Zahrawani - Peguam
Sdr Dalim Othman - Eksekutif bank
Sdr Yufardi Djamily Bachtiar - Jurutera
Pn Aisyah Standley - Pakar Bahasa Inggeris
Sdr Isa Sulaiman - Pegawai Penyelidikan

Selain dari itu, turut serta dalam program ini terdiri dari beberapa keluarga AJK Cawangan Selangor yang bersama-sama berkhemah dan bermalam dengan pelajar di Bukit Cahaya Alam.

Program ini berjaya memberi gambaran betapa 'Besarnya Keluarga Silat Cekak'.

MERU & SAMTTAJ: Majlis Ijazah Tamat dan Asas

Pada 15hb Ogos 2008 dua Majlis Ijazah Silat Cekak telah diadakan di SMK Meru iaitu Ijazah Tamat dan Ijazah Pertama. Pada majlis Ijazah Tamat, seramai 28 pelajar telah berjaya menjalani perlajaran silat cekak sehingga ke peringkat ini, terdiri daripada 18 orang pelajar SAMTTAJ (kelas 1) dan 10 orang pelajar SMK MERU (kelas 2).

Pada Ijazah Asas pula seramai 17 orang pelajar lelaki dan perempuan SMK Meru telah mendaftar untuk belajar silat cekak di sekolah mereka bagi kelas ke 3 tambahan.

SAMTTAJ: Silat Cekak di Hari Kokurikulum

30 Julai 2008, Shah Alam - Satu pertandingan persembahan seni mempertahankan diri mengambil tempat dengan 3 (tiga) badan wajadiri mengambil bahagian iaitu Tae Kwan Do, Seni Gayung Malaysia dan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), semasa di Hari Kokurikulum 2008 Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11 Shah Alam.

Pasukan PSSCM-SAMTTAJ mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pasukan tersebut juga mendapat pujian daripada Guru Penasihat mereka kerana walaupun dengan latihan yang hanya mengambil masa 3 hari sahaja tetapi pasukan PSSCM-SAMTTAJ tersebut dapat membuat persembahan dengan baik dan berdisiplin.




SAMTTAJ : Ijazah Asas SAMTTAJ 2 di Uni-KL Miat

Pada 23hb Mac 2008 seramai 16 orang pelajar SAMTTAJ telah menjalani ijazah peringkat asas di Uni-KL Miat. Ijazah ini merupakan kelas yang kedua di SAMTTAJ yang terdiri daripada pelajar perempuan keseluruhannya.

MERU & SAMTTAJ : Majlis Ijazah

15 Mei 2008 ; Sek. Men. Keb. Meru, Klang - Majlis Pengijazahan ini menggabung 2 (dua) buah Kelas Latihan CEDAS iaitu SMK Meru, Klang dan SAMTTAJ Seksyen 11, Shah Alam. Hampir 70 ahli hadir ke majlis tersebut bermula dengan ketibaan YM Guru Utama pada jam 8.45 malam dan berakhir kira-kira jam 11.45 malam.

Seramai 31 orang telah melalui Ijazah Potong (19 orang SAMTTAJ dan 12 orang SMK Meru) serta 15 orang lagi melalui Ijazah Asas (4 orang SAMTTAJ [tambahan] dan 11 orang SMK Meru).

MERU: Latihan Umum di Desa Rimba Resort

Pada Disember 2007, ahli Silat Cekak Malaysia SMK Meru tidak melepaskan peluang untuk berkhemah bersama setelah selesai menduduki peperiksaan SPM di Desa Rimba Resort selama 2 malam. Kesempatan ini juga untuk melatih buah peringkat umum sebelum mereka ini meninggalkan alam persekolahan.


Ahad

MERU : Program Motivasi JayaDiri

Pada Julai 2007, CEDAS telah mengadakan program RMA: MOTIVASI JAYADIRI di SMK Meru. Program ini adalah untuk pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM pada akhir tahun. Dua orang ahli silat cekak dijemput memberi ceramah dalam program ini yang terdiri daripada seorang peguam dan seorang pegawai bank.



SAMTTAJ : Persiapan keperingkat Kedua (buah Jatuh)

PSSCMCS telah menghantar pasukan demo untuk memperlihatkan kepada pelajar SAMTTAJ kemantapan buah-buah silat cekak. Latihan ini ialah untuk persiapan pelajar SAMTTAJ untuk ke peringkat kedua pelajaran silat cekak iaitu peringkat Buah Jatuh.