Program yang diadakan di Bukit Cahaya Alam, Shah Alam selama 2 hari ini bertujuan supaya ahli silat cekak di peringkat pelajar bertemu dan menimba pengalaman dari ahli-ahli silat cekak yang telah berjaya dari IPT dan telah berjaya dalam kerjaya hidup, agar panduan, nasihat dan bimbingan yang terdapat di dalam program ini membolehkan para pelajar menjadi seseorang yang sentiasa bersedia dan mampu berjaya.
Program ini telah dibantu sepenuhnya tenaga kerja daripada pelajar IPT iaitu dari Uni-KL Miat dan para penceramahnya yang turut menyumbang dalam sessi temu-bicara pula terdiri daripada;
Ustaz Zaid Muhammad b mohd Rais - Pensyarah UIAM
Pn Nor Zahrawani - Peguam
Sdr Dalim Othman - Eksekutif bank
Sdr Yufardi Djamily Bachtiar - Jurutera
Pn Aisyah Standley - Pakar Bahasa Inggeris
Sdr Isa Sulaiman - Pegawai Penyelidikan
Selain dari itu, turut serta dalam program ini terdiri dari beberapa keluarga AJK Cawangan Selangor yang bersama-sama berkhemah dan bermalam dengan pelajar di Bukit Cahaya Alam.
Program ini berjaya memberi gambaran betapa 'Besarnya Keluarga Silat Cekak'.