Pada 23 & 24hb Ogos 2008 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Selangor di bawah program CEDAS (Cekak dalam Sekolah) telah menganjurkan satu program khas bagi pelajar-pelajar silat cekak yang baru sahaja tamat menjalani ijazah terakhir (dari SAMTTAJ dan SMK Meru) mereka dalam pelajaran Silat Cekak Malaysia. Aktiviti terakhir bagi pelajar ini sebelum menduduki peperiksaan SPM di beri nama PROGRAM JAYA DIRI - CEDAS bertemakan 'Mekar Bersama Cekak'.
Program yang diadakan di Bukit Cahaya Alam, Shah Alam selama 2 hari ini bertujuan supaya ahli silat cekak di peringkat pelajar bertemu dan menimba pengalaman dari ahli-ahli silat cekak yang telah berjaya dari IPT dan telah berjaya dalam kerjaya hidup, agar panduan, nasihat dan bimbingan yang terdapat di dalam program ini membolehkan para pelajar menjadi seseorang yang sentiasa bersedia dan mampu berjaya.
Program ini telah dibantu sepenuhnya tenaga kerja daripada pelajar IPT iaitu dari Uni-KL Miat dan para penceramahnya yang turut menyumbang dalam sessi temu-bicara pula terdiri daripada;
Ustaz Zaid Muhammad b mohd Rais -
Pensyarah UIAMPn Nor Zahrawani -
PeguamSdr Dalim Othman -
Eksekutif bankSdr Yufardi Djamily Bachtiar -
JuruteraPn Aisyah Standley -
Pakar Bahasa InggerisSdr Isa Sulaiman -
Pegawai PenyelidikanSelain dari itu, turut serta dalam program ini terdiri dari beberapa keluarga AJK Cawangan Selangor yang bersama-sama berkhemah dan bermalam dengan pelajar di Bukit Cahaya Alam.
Program ini berjaya memberi gambaran betapa 'Besarnya Keluarga Silat Cekak'.














